KARNIVAL KEUSAHAWANAN BELIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2008

Kota Tinggi : Karnival Keusahawanan Belia Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 18 hingga 21 Febuari 2008. Karnival  ini dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor.

            Karnival Keusahawanan ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada golongan belia mengenai peluang-peluang perniagaan yang ada untuk diceburi dan juga pemberian bantuan kepada para belia yang berpotensi memajukan lagi perniagaan yang dijalankan.

            Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pendaftaran dan Ujian Saringan STEB, Penyediaan Rancangan Perniagaan yang dijalankan di Tanjong Kapal Resort Sungai Rengit, INSTEDT Bandar Penawar, Balai Raya Kampung Lepau, Dewan Raya Felda Air Tawar 5 dan Wisma Sening Felda Sening yang melibatkan 236 orang peserta para belia yang berminat menjadi usahawan. Selain itu, majlis Penyerahan Cek Program Bimbingan Usahawan kepada 45 orang serta Majlis Penutup Program Usahawan Muda yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara bertempat di Dewan Sek. Ren. Jenis Keb. (Cina) Yok Poon, Sg Rengit yang dihadiri 250 orang peserta.

            Pendekatan yang telah digunakan bagi menjayakan karnival keusahawanan ini adalah merangkumi pembentangan kertas kerja, ujian saringan, bengkel dan sesi dialog.

Objektif seminar :

  • Meneroka peluang-peluang perniagaan yang ada di dalam pelbagai bidang perniagaan dan bidang pertanian.
  • Meningkatkan ilmu serta kemahiran di dalam bidang perniagaan.
Menggalakkan penglibatan golongan belia di dalam perniagaan sebagai kerjaya

 

 

C:\Users\admin\Kamal\Laporan Untuk Laman WEB\DSCN1152.JPG

Sesi taklimat Seminar Penyediaan Rancangan Perniagaan STEB

 
C:\Users\admin\Kamal\Laporan Untuk Laman WEB\DSCN1147.JPG

Bengkel Penyediaan Kertas Rancangan Perniagaan STEB

 
 
 
 

Disediakan oleh :
Cawangan Pembanguna  Ekonomi Belia
Bahagian Pembangunan Belia