Kunjungan ke :  671249
Laman Utama  |  MPEB  |  STEB  |  Program Bimbingan Usahawan Muda   |  Kursus Keusahawanan
 
Kementerian Belia Dan Sukan

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah

Kementerian Pengajian Tinggi
  Pengenalan | Fungsi | Objektif | Logo | Golongan Sasar | Biodata AJK MPEB  

Pengenalan
 


Majlis Penggalakan Ekonomi Belia adalah merupakan sebuah badan penyelaras pembangunan keusahawanan belia. Keanggotaan majlis ini adalah terdiri daripada enam(6) buah kementerian dan pihak swasta seperti berikut :-

  - Kementerian Belia Dan Sukan
  - Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
  - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
  - Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
  - Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah
  - Kementerian Pengajian Tinggi
  - Institusi Kewangan
  - NGO Dan Dewan Perniagaan


   
Fungsi

i)
Untuk bertindak sebagai badan penyelaras program pembangunan ekonomi belia supaya menepati dan menyokong matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara dan Wawasan 2020.
   
ii)
Untuk mengenalpasti, membincang dan menangani sebarang isu berkaitan hal ehwal pembangunan keusahawanan belia yang merangkumi aspek-aspek dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta latihan.
   
iii)
Untuk menyealras perkongsian maklumat bagi menyediakan pusat sumber pangkalan data dan saluran maklumat mengenai keusahawanan bagi menarik dan memupuk minat belia supaya menceburi bidang keusahawanan.
   
iv)
Untuk meningkatkan peluang-peluang kepada masyarakat belia melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang membawa manfaat menyeluruh dari aspek-aspek pembangunan perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi.


   
Objektif

i)
Untuk menambah, menggalak,membimbing, memberi khidmat nasihat dan membantu dalam meningkatkan kualiti serta menggalakkan budaya keusahawanan,        melengkapkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam   membangunkan usahawan belia kearah mencapai wawasan 2020.
   
ii)
Melahir, membina dan membangunkan usahawan belia dalam semua bidang Pembangunan Ekonomi yang berterusan dan dibenarkan oleh undang-undang.


   
Logo

   

Keterangan Logo
Globe menunjukkan bahawa belia turut menceburi dalam ekonomi dunia secara global.

Warna oren menggambarkan dunia yang dipenuhi remaja yang berbilang kaum dan agama yang mampu merubah ekonomi dunia.

Garisan paksi putih menggambarkan perubahan ekonomi yang maju dan teratur di bawah pentadbiran Majlis Penggalakan Ekonomi Belia.

Garisan putih yang terjalin pula menggambarkan eratnya jalinan jaringan kerjasama dan penggunaan sumber yang optimum antara agensi kerajaan dan swasta secara bersepadu.


   
Golongan Sasar

Kumpulan sasaran MPEB adalah terdiri daripada belia lepasan sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, dan lulusan Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ).


   
Biodata Ahli Jawatankuasa MPEB

 

 



 




 

 
   Bank Kerjasama Rakyat.
   Agro Bank.
   
 
Hakcipta Terpelihara © Cawangan Teknologi Maklumat Kementerian Belia Dan Sukan
Paparan terbaik gunakan Internet Explore 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768

Soalan Lazim   |  Maklum Balas   |  Hubungi Kami