Kunjungan ke :  541637
Laman Utama  |  MPEB  |  STEB  |  Program Bimbingan Usahawan Muda   |  Kursus Keusahawanan
 
Kementerian Belia Dan Sukan

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Kementerian Pembangunan Ushawan Dan Koperasi

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah

Kementerian Pengajian Tinggi
 
Pengenalan | Kelayakan dan Syarat-Syarat | Proses Permohonan | Borang Muat Turun | Soalan-Soalan Lazim  

 
   
Pengenalan

Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM) adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 2,000 seorang.


 

 
Kelayakan dan Syarat-Syarat

i)
Warganegara Malaysia.
   
ii)
Berumur antara 18 hingga 35 tahun.
   
iii)
Menjadi ahli persatuan belia.
   
iv)
Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan secara sepenuh masa sahaja. Menjalankan perniagaan atau usaha tani secara sambilan tidak layak mendapat bantuan di bawah program ini.
   
v)
Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi.
   

   

 
Proses Permohonan
   
i)
Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008
   
ii) PBSD membuat melawat/ulasan
   
iii) Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri
   
iv) Pegawai ekonomi membuat ulasan
   
v) Mesyuarat Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda
   
vi) Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda adalah terdiri daripada :-  
 
- Pengarah Negeri / wakil
- Pengarah (PE) / Wakil
- Penolong Pengarah Negeri Bahagian Belia
- Setiausaha (Pegawai Ekonomi Negeri)
- Ketua Kerani / Wakil
   
 
   

 
Soalan-Soalan Lazim

i)
Soalan 1
 

Apa itu Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)

 

Jawapan 1

 

Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan.

   
ii) Soalan 2
 

Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?

  Jawapan 2
 
Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.
   
iii) Soalan 3
 

Berapa had bantuan?

  Jawapan 3
 

Bantuan sebanyak RM2,000.00

   
iv) Soalan 4
 

Bentuk bantuan yang macam mana?

  Jawapan 4
 
Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008 yang boleh dicetak melalui portal ini.
   
v) Soalan 5
 

Bagaimana nak dapatkan bantuan?

  Jawapan 5
 
Isi borang permohonan dan kemukakan bersama sebutharga bagi pembelian barangan kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah yang berhampiran dimana projek beroperasi.
   
vi) Soalan 6  
 

Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?

  Jawapan 6
  Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam.
   
vii) Soalan 7  
 
Skim ini untuk bumiputra sahajakah?
  Jawapan 7
  Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.
   

 
 
 



 
   Bank Kerjasama Rakyat.
   Agro Bank.
   
Borang Permohonan
Program Bimbingan Usahawan Muda.
Download Borang ( Format .pdf )
 
Hakcipta Terpelihara © Cawangan Teknologi Maklumat Kementerian Belia Dan Sukan
Paparan terbaik gunakan Internet Explore 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768

Soalan Lazim   |  Maklum Balas   |  Hubungi Kami